Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

AEON Mall Kota Bharu dan memori yang usang.

$
0
0
Kredit buat Kembara Minda untuk gambar ini

AEON Mall Kota Bharu yang bernilai RM300 juta merupakan kompleks beli-belah pertama syarikat itu di bahagian Pantai Timur. 

Ia juga merupakan AEON Mall yang keempat terbesar di negara ini dengan keluasan mencecah 1.3 juta kaki persegi (120,774 meter persegi) dan menawarkan sejumlah 178 lot kedai termasuk pasar raya AEON, butik fesyen, pusat sukan serta kedai perabot. 

Selain itu AEON Mall Kota Bharu turut menawarkan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan kepada orang ramai dan kita turut membuka peluang kepada usahawan tempatan untuk menjalankan aktiviti perniagaan. 

Syarikat terkemuka, AEON Co. (M) Berhad (AEON Malaysia)memilih untuk membuka cawangan ke-32 tersebut di Kota Bharu kerana yakin dengan potensi pembangunan ekonomi di Kelantan, lebih-lebih lagi penduduknya didapati mempunyai kuasa beli yang hebat. 

AEON Mall berada di lokasi strategik iaitu Lembah Sireh yang kini merupakan sebuah kawasan yang pesat membangun. Selain itu, kawasan ini mudah dicapai dan kita juga menyediakan sejumlah 2,400 lot tempat letak kereta untuk kemudahan para pelanggan.

Itu adalah petikan kata-kata Pengerusi AEON Malaysia, Datuk Abdullah Mohd. Yusof sebagaimana yang disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia
 

28 April 2016 AEON Mall Kota Bharu mula beroperasi secara rasmi. Kehadirannya sememangnya dinanti-nantikan oleh kebanyakan warga Kelantan, khansnya penduduk Kota Bharu dan kawasan sekitarnya. Ribuan pengunjung membanjirinya pada tarikh tersebut. Sedikit sebanyak Kewujudan AEON Mall akan membolehkan warga Kelantan membeli belah dengan senang dan tenang. 

Sebagai warga Kelantan, saya turut berbangga dengan pembinaan Hypermarket tersebut. Namun, dalam masa yang sama seringkali merindui memori yang usang yang terbenam di tapak AEON Mall Kota Bharu dan Lembah Sireh.


Dahulu, ketika melalui Jambatan Yahya Petra, mata seringkali menatap keindahan Lembah Sireh. Hijaunya rumput dan suburnya tanah di situ begitu memikat hati. Di situlah segelintir petani berbudi kepada tanah mencari rezeki. Begitu juga ketika menuntut di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, mata ini amat mesra dengan pemandangan Lembah Sireh yang menghijau. 

Untuk pengetahuan semua, dahulu stesyen bas ekspress terletak di Jalan Hamzah berhampiran KBMALL, dan satu lagi di Jalan Langgar tidak jauh dari Pasaraya Billion. Hari ini semua itu menjadi memori yang amat usang. Lembah Sireh ditimbus dan dibangunkan selari dengan tuntutan zaman. Bermula dengan Tesco dan beberapa bangunan besar, dan kini berdiri megah pula AEON Mall. 

Jauh di sudut hati saya merindui Lembah Sireh yang dahulu. Saya juga amat merindui wajah Kelantan pada tahun 1990-an. Meskipun Kelantan pada masa itu dianggap serba kekurangan dan negeri yang tercicir dari arus permodenan. Namun saya sedar dan insaf, Kota Bharu dan Kelantan yang sebegitu sudah menjadi memori yang usang. Ia hanyalah kenang-kenangan. Kelantan perlu mara ke hadapan walaupun dengan langkah yang agak perlahan. 

Saya sedar andainya terus berada di takuk lama, Kelantan akan terus dihina dan diperlekehkan. Sejujurnya saya pernah berkunjung ke seluruh negeri di Malaysia, bermula dari Perlis hinggalah ke Sabah kecuali negeri Johor sahaja. Malah pernah bertahun-tahun menetap di beberapa buah negeri. Dari penelitian dan pemerhatian saya sepanjang berkelana, ternyata kemiskinan dan kedaifan serta kemunduran tetap ada di mana-mana sahaja.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Trending Articles