Puasa merupakan Rukun Islam yang wajib dilaksanakan pada Bulan Ramadan. Di Malaysia, tempoh berpuasa lazimnya antara 12 hingga 14 jam.
Walaupun umat islam diwajibkan berpuasa, namun terdapat kelonggaran terhadap golongan tertentu. Ini kerana islam bukanlah agama yang membebankan penganutnya, malah islam itu mudah, indah dan sentiasa sesuai untuk semua golongan. Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada sekalian alam, termasuklah rahmat ke atas orang yang sakit serta uzur.
Mengenai penghidap kencing manis atau diabetes, terdapat sesetengah keadaan/situasi di mana pesakit tidak digalakkan berpuasa sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, namun bagi yang dibenarkan atau mampu berpuasa puasa pula mereka perlulah mengikuti beberapa panduan berikut.
Pemakanan.
Mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Pesakit diabetes perlulah mengurangkan makanan yang berlemak tinggi. Ini sebagai langkah untuk mengurangkan paras gula dalam darah.
Digalakkan mengambil makanan yang mengandungi Kharbohidrat kompleks seperti nasi, roti, gandum dan kacang ketika bersahur.
Selain itu pesakit juga digalakkan agar melewatkan waktu bersahur. Manakala kharbohidrat ringkas seperti susu, jus buah-buahan adalah lebih sesuai diambil ketika berbuka. Namun, pastikan meminum air yang mencukupi.
Senaman Ringan.
Pesakit diabetes digalakkan agar meneruskan aktiviti fizikal seperti biasa. Namun aktiviti fizikal yang berlebihan tidak digalakkan terutamanya beberapa jam sebelum berbuka puasa untuk mengelakkan dehidrasi dan hipoglisemia.
Selain itu, amalan menunaikan solat tarawih juga amat digalakkan dan ia adalah satu senaman ringan selepas berbuka puasa
Pengubahsuaian insulin.
Pesakit diabetes yang ingin berpuasa hendaklah mendapatkan nasihat dan kebenaran doktor mengenai pengubahsian dos serta waktu pengambilan ubat. Perlu difahami doktor memulakan pesakit dengan insulin bertujuan mengawal paras gula dengan lebih berkesan.
Disebabkan kesan yang lebih efektif, insulin juga mempunyai potensi yang lebih tinggi menyebabkan berlakunya hipoglisemia. Justeru, dos insulin perlu diubah suai sepanjang bulan Ramadan bagi memastikan paras gula sentiasa terkawal dan hipoglisemia dapat dielakkan.
Pemantauan paras gula.
Pesakit diabetes perlulah mengambil berat paras gula dalam darah. Pemeriksaan boleh dilakukan sendiri di rumah.
Waktu melakukan ujian paras gula adalah seperti berikut.
- Sebelum sahur dan berbuka puasa ( sasaran paras gula ialah :< 4.4 -6.1 mmoI/L)
- 2 jam selepas bersahur dan berbuka puasa ( sasaran paras gula : < 4.4 – 8.0 mmoI/L)
Berbuka serta merta jika mengalami Hipoglisemia
Berbuka puasa serta-merta. Antara masalah yang sering dialami oleh pesakit diabetes ialah hipoglisemia atau kurang gula dalam darah terutamanya bagi pesakit yang menerima rawatan insulin.
Hipoglisemia adalah satu keadaan di mana paras gula dalam darah lebih rendah daripada paras normal atau kurang daripada 3.8mmoI/L.
Antara cirri-ciri hipoglisemia ialah pesakit akan rasa pening, berpeluh dingin, berasa lapar, tubuh menggeletar, beasa keliru, gangguan emosi dan mengantuk. Hipoglesemia yang lebih serius boleh menyebabkan koma dan kematian.
Rujukan :
- Pamplet terbitan Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia berjudul Penjagaan Diabetes Pada Bulan Ramadan
- Artikel betajuk Pesakit Diabetes Perlu Awasi Paras Gula Ketika Puasa yang disediakan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi , Kementerian Kesihatan Malaysia yang disiarkan di dalam ahkbar Metro Ahad bertarikh 29.Mei.2016.