Badan kita sebahagian besarnya terdiri daripada air. Dalam kehidupan seharian kita memerlukan air yang mencukupi.
Berapakah jumlah air yang perlu kita minum dalam sehari?
Sebenarnya lapan gelas air dikatakan sudah mencukupi, meskipun ada yang berpendapat jumlah air yang perlu diminum bergantung kepada berat badan kita, iaitu 1 liter untuk setiap 25 kilogram.
Meminum air yang mencukupi amatlah penting untuk kesihatan tubuh, terutamanya untuk mengelakkan dehidrasi. Tambahan pula pada bulan Ramadan ini di mana setiap umat islam diwajibkan berpuasa pada siang hari.
Berikut saya kongsikan tips meminum lapan gelas air pada bulan Ramadan sebagaimana yang dipaparkan laman fan page Kementerian Kesihatan Malaysia. Sama-samalah kita mengamalkannya.
- Segelas selepas bangun untuk bersahur
- Segelas selepas bersahur
- Segelas selepas azan maghri
- Segelas selepas sembahyang mahgrib
- Segelas selepas makan
- Segelas selepas solat Isyak
- Segelas selepas solat terawih
- Segelas sebelum tidur