Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Larangan menyimpan daging korban melebihi tiga hari.

$
0
0

Di media sosial ada segelintir individu termasuklah kenalan yang mendakwa daging korban tidak boleh disimpan melebihi tiga hari. Mereka ini sebenarnya hanyalah tukang sebar info atau makklumat tanpa menyelidik dan mengkaji.

Alhamdulillah, seorang ilmuan hadis, iaitu Dr Ustaz Rozaimi Ramle telah menjawab kemusykilan ini di fanpage facebooknya. Untuk manfaat bersama saya kongsikan sahaja penjelasan beliau, atau anda boleh saja ke fanpage beliu Dr.Rozaimi .

Hadis larangan itu adalah seperti berikut:


Daripada Abu 'Ubaid, aku mendirikan solat raya bersama 'Ali bin Abi Thalib. Beliau memulakan dengan solat sebelum khutbah. Beliau berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam telah melarang kami daripada memakan daging korban kami selepas tiga hari. [Sahih Muslim, Bab Bayan Ma Kana Min an-Nahy 'An Akla Luhum al-Adhohiy Ba'da Tsalas fi Awwal al-Islam wa Bayan Naskhihi wa Ibahatihi Ila Mataa Syaa, hadis no: 1969] 

Akan tetapi hukum ini telah dimansuhkan berdasarkan hadis berikut:




Daripada Salamah bin al-Akwa', Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Sesiapa daripada kalian yang melakukan korban, janganlah dia menyimpan sedikit pun hasil korban di rumahnya selepas tiga hari. Pada tahun hadapan, para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, perlukah kami lakukan seperti yang telah kami lakukan pada tahun lalu? Baginda menjawab: Makanlah, berikan kepada orang lain, dan simpanlah. Sesungguhnya tahun sebelum ini ramai orang kebuluran, dan aku mahu membantu mereka. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adhohiy, Bab Ma Yu'kal Min Luhum al-Adhohiy wa Yutazawwadhu Minha, hadis no: 5569]. 

Bahkan Imam Muslim dalam bab yang sama seperti hadis Ali di atas membawakan dalil-dalil di atas dan hadis-hadis lain yang menunjukkan ia hukum larangan itu telah dimansuhkan. 

Kesimpulan: Boleh menyimpan daging korban melebihi tiga hari.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Trending Articles