Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Bolehkah beri daging korban kepada orang bukan islam

$
0
0

Jika anda berjiran dengan Non-Muslim, atau rakan-rakan Non –Muslim datang berkunjung pada Hari Raya Aidiladha. Maka tidaklah menjadi kesalahan untuk diberi daging tersebut kepada mereka, baik daging yang mentah mahupun yang dimasak. 

Hidangkanlah kepada mereka. Jika sekiranya, anda masih lagi berpegang kepada pendapat yang tidak mengharuskan memberi makan daging korban kepada orang-orang bukan islam, boleh sahaja anda membeli daging yang lain dari pasar( jumlahnya dianggarkan mencukupi untuk hidangan orang bukan beragama Islam), lalu dicampurkan daging yang dibeli di pasar dengan daging korban, kemudiannya dimasak bersama. Anggaplah apa yang dimakan oleh tetamu kita yang bukan beragama Islam itu adalah dari daging yang dibeli dari pasar dan bukannya dari daging korban. 

Di kebanyakan tempat di negara kita, amalan memberikan daging korban kepada orang bukan islam dianggap menyalahi kelaziman dan menyanggahi kebiasaan. Ini kerana ibadah korban adalah perbuatan taqarrub kepada Allah SWT yang dikategorikan ibadah semata-mata. Pendapat tersebut ada asasnya dan perlu dihormati. Namun, pengharaman ini tidaklah qat'ie, dan ia hanya satu ijtihad. Berlaku khilaf antara ulama dalam permasalahan ini. 

Berikut adalah pandangan Mursyidul Am PAS, Dr. Haron Din mengenai hukum memberikan daging korban kepada orang-orang bukan islam, sebagaimana disiarkan dalam akhbar Harakah bertarikh 1-4 Zulhijah 1431/ 8-11 Novermber 2010. 

 “ Al-Quran secara umumnya tidak mengkhususkan kepada orang islam sahaja untuk diberikan daging korban itu. Dengan demikian itu, kita boleh fahami bahawa daging korban dan akikah itu boleh diberikan kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, maka Ulama mengharuskan daging tersebut diberi, hatta kepada orang bukan islam, sama ada yang masih mentah atau yang sudah dimasak.” 

Namun ini hanyalah untuk korban sunat, manakala korban wajib seperti kerana bernazar,tidak boleh sama sekali diberikan dagingnya kepada orang-orang bukan islam. Malah diri sendiri juga tidak boleh memakannya, dan perlu diagihkan kepada orang lain. 

Mendiami negara yang berbilang kaum seperti Malaysia memerlukan kita bijak membaca situasi dan memerhati realiti. Atas dasar memantapkan fiqh interaksi dengan bukan islam dan sebagai sebahagian daripada uslub dakwah, maka amat wajar untuk memberi dan menghidang(memberi makan) daging korban kepada orang-orang bukan islam dari kategori zimmi. 

P/S: Namun jika hasil korban itu hanya mencukupi untuk orang Islam, maka dahulukanlah umat Islam setempat yang lebih memerlukan. Dan, jika berlebihan barulah diagihkan atau dijemput masyarakat bukan islam menikmati kenduri tersebut.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644