![]() |
imej daripada esbatukristal |
Sejujurnya ramai yang mengemari ais, terutamanya pada musim kemarau panas kontang, atau untuk menghilangkan dahaga ketika panas dipanggang terik matahari . Malah, di mana-mana sahaja majlis kenduri , minuman sejuk atau berais adalah salah satu menu wajib yang disediakan.
Namun, pernahkah kita bertanya pada diri sendiri adakah ais yang kita gunakan atau minum itu benar-benar bersih dan selamat atau sebaliknya. Pernahkah terlintas difikrian kita, daripada sumber apakah ais itu dihasilkan. Adakah menggunakan air masak atau sekadar menggunakan air mentah atau air paip.Mungkin ada antara kita pernah tahu malah mungkin ada yang tidak pernah ambil peduli tentang hal ini.
![]() |
imej daripada group whatsapps. |
Syukur kepada Allah, kerana sejak isu ais kotor atau tercemar dipaparkan di akhbar Sinar Harian sejak beberapa hari lepas, ia mula mengetuk kesedaran masyarakat. Hari ini(11 Oktober 2016), di dalam akhbar yang sama, dipaparkan tips untuk membezakan ais yang diperbuat daripada air mentah dengan ais yang diperbuat daripada air masak. Saya kongsikan sahaja tips tersebut untuk manfaat bersama.
Ais daripada air mentah berwarna putih kerana banyak gas yang masih terperangkap di dalamnya.
Kebiasaannya ais yang dibuat daripada air mentah adalah ais blok yang digunakan untuk menyejukkan ikan atau daging di pasar.
Ais daripada air mentah ini tidak sesuai untuk diminum.
Ais daripada air masak pula akan kelihatan jernih kerana gas di dalamnya telah dilepaskan ketika merebus air tersebut.
Ais ini dipanggil ais Kristal dan ia sudah banyak digunakan.
Ia berbentuk kiub dan berlubang-lubang di tengah-tengah.
Info Tambahan.
Sebagai langkah berjaga-jaga, eloklah membuat sendiri ais di rumah. Gunalah air masak atau air mineral. Ia lebih meyakinkan dan lebih terjamin dari aspek kebersihan.