Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Ketahui jenis-jenis tuntutan akibat kemalangan.

$
0
0

Ramai antara kita yang tidak tahu, malah tidak pernah ambil peduli dengan beberapa perkara penting seandainya berlaku kemalangan jalan raya. Benar, sedaya yang boleh kita ingin mengelak dari berlakunya kemalangan. Ia tidak sekadar merosakkan kenderaan dan merugikan harta, tetapi lebih dari itu ia juga bisa meragut nyawa. Kali ini saya ingin berkongsi info yang amat bermanfaat untuk kita semua selaku pemandu kenderaan dan pengguna jalan raya. 

Info ini saya petik daripada jawapan Datuk khairul Anwar Rahmat, Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua(Sukaguam) yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 8 April 2016. 

Sebagai pengguna jalan raya yang berhemah dan mematuhi undang-undang, andainya ditimpa kemalangan kita perlulah membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam dari masa kejadian kemalangan. Dalam tempoh tersebut, kita hendaklah mendapatkan rawatan perubatan di klinik atau hospital dan mendapatkan salinan laporan perubatan. Maklumkan kepada pihak insurans kenderaan kita dengan segera dan simpan resit perbelanjaan yang dikeluarkan berkaitan kemalangan itu seperti resit laporan polis, rawatan perubatan, baiki kenderaan dan dapatkan sijil kematian, jika ada. 

Berkenaan dengan tuntutan akibat berlaku kemalangan pula, terdapat tiga jenis tuntutan dan ia bergantung kepada jenis kemalangan yang dialami. 

1) Kemalangan Maut. 

A. Tuntutan ganti rugi boleh dilakukan oleh isteri/sumai/ibu bapa/anak si mati yang kehilangan tanggungan akibat daripada kematian si mati dalam kemalangan itu. 

Perkiraan jumlah tuntutan adalah berdasarkan Seksyen 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956. Antara faktor yang diambil kira untuk menentukan jumlah tuntutan ialah .

 i. Umur si mati

 ii. Baru berkahwin/tidak berkahwin 

iii. Jumlah pemberian(sumbangan/saran ) si mati kepada keluarga. 

B) Selain itu keluarga si mati juga boleh menuntut tuntutan kedukacitaan (bereavement) (Seksyen 7(3A) ) berjumlah RM10,000. Ia tertakluk kepada /yang hanya boleh dibuat sekiranya. 

i. Si mati berusia 18 tahun ke atas dan berkahwin ( suami/isteri menuntut)

ii. Si mati di bawah 18 tahun dan tidak berkahwin(ibu/bapa sahaja menuntut) 

 2.) Kemalangan Kes Kecederaan. 

Untuk kes di mana kemalangan yang melibatkan kecederaan, mahkamah yang akan memutuskan jumlah tuntutan yang diberikan. Terdapat dua jenis tuntutan, iaitu. 

A) Ganti Rugi Am. 

i. Contoh ganti rugi kecederaan pada mata/kaki/ tangan dan lain-lain. 

ii. Ganti rugi ini akan dinilai oleh mahkamah berhubung dengan jumlah ganti rugi yang patut diberikan untuk kecederaan tertentu. i

ii. Jumlah yang diberikan oleh mahkamah adalah atas faktor bahawa mangsa mengalami kesakitan dan penderitaan. 

iv. Mahkamah akan merujuk kes yang telah diputuskan pada masa lalu sebagai panduan. 

B) Ganti Rugi Khas. 

i. Ganti rugi ini diberikan atas dasar perbelanjaan yang kena tanggung oleh pihak penuntut hasil daripada kemalangan itu. 

ii. Pihak penuntut perlu menunjukkan bukti perbelanjaan yang telah dikeluarkan, contohnya resit rawatan hospital. 

3) Kemalangan : Kerosakan Kenderaan. 

Beberapa tuntutan yang boleh dilakukan sekiranya kenderaan rosak.

i. Kos perbelanjaan membaiki kenderaan yang rosak 

ii. Kehilangan penggunaan kenderaan untuk jangka masa yang berpatutan

iii. Jumlah kemerosotan nilai harga kenderaan tersebut. 

Tempoh Tuntutan. 

Menurut Akta Had Masa 1953 (Limitation Act) dan Akta Undang-Undang Sivil 1956: Tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan, jika melebihi tempoh yang ditetapkan, maka tuntutan itu tidak sah.

 i. Jika kemalangan yang tidak melibatkan kematian : 6 tahun daru tarikh kemalangan. 

ii. Jika melibatkan kematian : 3 tahun dari tarikh kemalangan. 

iii. Tuntutan melibatkan kerajaan : 3 tahun dari tarikh kemalangan. 

Bayar Ganti Rugi.

Seksyen 96 Akta Pengangkutan Jalan 1987 :” Kewajipan pemegang insurans untuk menunaikan hukuman terhadap orang yang mengambil insurans berkenaan dengan risiko pihak ketiga.” Insurans kenderaan adalah penting. Jika kenderaan itu tidak mempunyai insurans , pemilik /pemandu sendiri yang akan membayar ganti rugi berkaitan kecederaan yang dituntut.

Info Tambahan. 

Saya bukanlah pengamal undang-undang dan tidak juga lulusan undang-undang. Cuma, saya berminat untuk menulis perihal ini untuk manfaat bersama kerana malang itu tidak berbau dan takdir itu seringkali di luar duga kita. Ingin saya tegaskan sekali lagi, entry ini adalah bersumberkan tulisan Datuk Khairul Anwar Rahmat yang disiarkan di akhbar Sinar Harian bertarikh 8 April 2013, pada halaman ke -41. Dan saya hanya sekadar berkongsi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644