Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Ubat berasaskan bahan semula jadi juga mempunyai kesan sampingan.

$
0
0

Seringkali kali kita diperdayakan dengan janji-janji manis penjual produk kesihatan, termasuklah ubat-ubatan tradisional kononnya ubat atau produk yang mereka jual selamat digunakan dan tidak mendatangkan kesan sampingan. Ini kerana produk mereka berasaskan bahan semula jadi, iaitu berasaskan tumbuh-tumbuhan. 

Memang ada yang terpedaya hingga menjauhi malah ada juga yang memerangi ubat-ubatan moden yang dibekalkan di klinik dan hospital. Persoalannya, adakah benar produk yang didakwa bersumberkan bahan daripada alam semula jadi itu benar-benar selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan. 

Saya tertarik dengan artikel berjudul Semula jadi tidak bermakna selamat yang disiarkan di dalam akhbar Metro Ahad bertarikh 8 Febuari 2015. Artikel itu disediakan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi, untuk entry ini saya kongsikan maklumat dari rencana tersebut, dengan menggunakan kaedah dan gaya bahasa tersendiri, namun tidak sesekali mengubah makna asalnya. 

Kesan sampingan juga turut mengiringi penggunaan produk berasaskan bahan semula jadi. 

Sebagai contoh, bawang putih sememangnya seringkali digunakan secara tradisional untuk tujuan kesihatan. Namun, pengunaanya secara kerap boleh menyebabkan masalah gangguan gastrik dan boleh meningkatkan risiko pendarahan andainya digunakan dengan terlalu kerap. Begitu juga dengan bunga Charmomile yang boleh menyebabkan kes alergi yang serius. Ginkgo biloba pula boleh menyebabkan rasa loya, muntah, pening dan pendarahan. 

Kesimpulannya penggunaan ubat atau produk berasaskan bahan semula jadi turut mendatangkan kesan sampingan seperti ubat moden juga. Malah risiko kesan sampingan produk tersebut akan menjadi lebih ketara kerana ia tidak diproses mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian dan dijadikan dijadikan dalam bentuk farmaseutikal seperti kapsul atau tablet. Malah kontaminasi bahan kimia lain yang lebih berbahaya boleh berlaku jika proses dilakukan oleh pengilang atau penjual yang tidak berkelayakan. 

Produk ini boleh mendatangkan kemudaratan yang lebih serius andainya ia diambil oleh ibu yang hamil atau sedang menyusukan anak. Ini kerana produk seperti ini tidak mempunyai kajian mengenai kesan penggunaannya terhadap bayi dalam kandungan dan bayi yang disusukan. Oleh itu risiko untuk mengalami kesan sampingan adalah lebih tinggi berbanding kesan kesihatan yang diharapkan. 

Oleh itu, pengguna perlulah memastikan ubatan yang dibeli di pasaran mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan walaupun produk berkenaan dikatakan 100 peratus daripada sumber alam semula jadi. Perlu difahami, produk yang dikatakan berasakan bahan semula jadi tidak bermaksud ia tiada kesan sampingan. Yang penting, ubat yang didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan dan dijual melalui saluran yang betul dan dikaji kesesuaian dos dan keselamatannya, maka itulah yang perlu kita gunakan apabila memerlukan. Selain itu, perlu juga difahami, sesungguhnya banyak juga ubat-ubatan moden yang berasaskan bahan semula jadi . 

Bahan daripada alam semula jadi,terutamanya tumbuh-tumbuhan telah digunakan sejak ribuan tahun untuk tujuan perubatan. Malah, sejak tahun 1980 hingga tahun 2000, dianggarkan 28 peratus daripada ubat yang baru dijumpai dan didaftarkan dalam pasaran dunia berasal daripada bahan semula jadi. Contohnya, ubat aspirin yang digunakan untuk mencairkan darah dalam rawatan strok di hospital berasal dari pokok Willow.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644