Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Ais dan minuman sejuk tidak memudaratkan kesihatan.

$
0
0




Pasti ramai yang tidak menyangka kerana selama ini telah ‘difatwakan’ ais dan minuman sejuk memudaratkan kesihatan. Tanpa menyelidik dan mengkaji kita menerima ‘fatwa’ tersebut sebagai meskipun amat sukar untuk kita menjauhi minuman sejuk terutamanya ketika berada di musim kemarau dan ketika berbuka puasa. 

Memetik ulasan Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Akmar, sebagaimana yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 30 Mac 2015, pada halaman tiga. 

Katanya, meminum air kosong pada apa jua suhu tidak menimbulkan masalah kepada kesihatan. Menurutnya lagi, tiada masalah untuk meminum air atau minuman sejuk memandangkan badan manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. 

Keistimewaan yang beliau maksudkan ialah apabila meminum air sejuk atau ais, suhu badan akan menjana tenaga lebih kurang 15 hingga 20 kalori. Ia akan membakar tenaga untuk memanaskan air sejuk yang masuk ke dalam badan. Apabila air sejuk tersebut sampai ke usus , ia akan menjadi suhu biasa, jadi ia tidak menyebabkan berlakunya masalah pencernaan. 




Beliau turut menyangkal dakwaan kononnya pengambilan minuman sejuk boleh membekukan makanan berminyak dan memperlahankan penghadaman sekali gus menyebabkan lemak berkumpul dan menyempitkan saluran darah dan menyebabkan masalah kepada saluran jantung. 

Katanya lagi, sehingga kini tiada kajian atau sebarang bukti untuk mengaitkan pengambilan minuman sejuk dengan penyakit jantung. 

Katanya, baik minuman sejuk mahupun panas yang penting ia adalah air kosong yang tidak berperisa. Ini memandangkan air kosong banyak memberi manfaat kepada kesihatan. 

INFO TAMBAHAN. 

Apa pula pandangan dokor-doktor dan pengamal perubatan yang lain? Saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika berhadapan dengan masalah batuk yang berpanjangan. Sebulan lebih lamanya. Saya teringat saranan seorang doktor ketika saya berkunjung ke klinik untuk mendapatkan rawatan ekoran masalah batuk tersebut.

Doktor tersebut menyarankan saya agar memakan aiskrim untuk meredakan masalah batuk yang saya alami. Pada mulanya saya ragu-ragu, namun akhirnya saya ikuti saranan yang diberikan. Alhamdulillah dengan izin Allah, batuk yang saya alami akhirnya mulai reda dan akhirnya sembuh.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 644