Haji Hadi sifatkan DAP sebagai butir tahi PAP
Kecoh sekecohnya dalam kalangan penyokong Pakatan Harapan terutamanya DAP apabila Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang menyifatkan DAP sebagai anak butir tahi PAP.
Ramai dalam kalangan mereka yang melenting secara membabi buta. Namun, tidak ramai yang ingin ambil tahu maksud tersirat di sebalik ungkapan itu.
Sejarah PAP di Singapura.
Dari sudut sejarah, Singapura dahulunya, atau lebih tepat lagi pada 16 September 1963, telah menyertai Persekutuan Malaysia, dan parti yang paling popular di sana ialah parti Parti Tindakan Rakyat ( PETIR) atau People's Action Party (PAP) dalam bahasa Inggeris. Parti tersebut juga mempunyai ahli dan penyokong di negeri-negeri lain. Apabila Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965, penyokong dan ahli PAP telah menubuhkan Parti DAP sebagai pengganti dan penerus perjuangan mereka di Malaysia. Idealogi dan cita-cita mereka tetap sama.
Ia umpama perjuangan pertubuhan Jamaat-e-Islami yang wujud hingga ke hari ini di Pakistan, India dan Bangladesh. Pertubuhan atau Gerakan tersebut berasal daripada satu jamaah yang telah diasaskan oleh Abul A’la Maududi rahimahullah. Ketika negara tersebut berpecah, Jamaat-e-Islami di Bangladesh juga berpisah dari saudaranya (adik beradiknya).
Umum mengetahui Pakistan, Bangladesh adalah sebahagian daripada India pada suatu ketika dahulu. Pada mulanya hanya dibentuk Pakistan untuk orang islam dan India untuk masyarakat Hindu. Pakistan pula terbahagi kepada dua, iaitu Pakistan Barat dan Pakistan Timur. Pakistan Timur pula menuntut kemerdekaan daripada Pakistan pada tahun 1972, dan diberi nama Bangladesh.
Apa maksud butir tahi
Ramai orang kita yang mudah melenting apabila terdengar istilah, tulisan, atau ungkapan mahupun tulisan yang tidak difahami. Alangkah bagusnya jika kita tidak terburu-buru dan menjadikan ia sebagai maklumat atau ilmu baru.
Sebagai contoh terdapat peribahasa berbunyi 'seperti Quran buruk'. Ia bukanlah satu penghinaan terhadap kitab suci tersebut, tetapi ia mengandungi maksud tersendiri yang perlu diselongkar dan difahami. Seperti diketahui umum, kitab Al-Quran bila terlalu buruk tidak lagi sesuai digunakan untuk mengaji. Ini kerNa banyak helaiannya yang koyak, luntur warna dan sebagainya. Tapi hendak dibuang pula takut berdosa, kecuali bagi orang-orang yang tahu kaedah dan tatacaranya. Jadi pemiliknya dilanda serba salah.
Sebenarnya peribahasa tersebut merujuk kepada situasi di mana seseorang atau sesuatu yang sudah tidak boleh diharapkan atau digunakan tetapi masih dihormati dan dimuliakan kerana sebab-sebab tertentu.
Kembali kepada isu DAP butir tahi PAP. Saya tertarik dengan penjelasan pengguna Facebook, Azman Ibrahim. Dia telah mengulas definisi 'peribahasa' tersebut dengan tepat.
Sejujurnya, sebelum ini juga saya pernah beberapa kali mendengar 'peribahasa' tersebut daripada golongan tua di Kelantan beberapa tahun lepas. Cuma, kini ia jarang digunakan mungkin kerana zaman sekarang rata riti rumah sudah mempunyai tandas.
Pada Zaman dahulu, jarang sekali rumah-rumah yang memiliki tandas. Jadi apabila hendak buang air besar, semak adalah lokasinya. Jika di kawasan perkampungan nelayan, orang akan buang air besar di tepi pantai.
Pada zaman dahulu juga tembikai rata ritinya berbiji, sebab belum wujud lagi tembikai yang tidak berbiji seperti sekarang. Disebabkan biji-biji tembikai itu tidak dapat dihadamkan di dalam perut, ia akan keluar bersama najis ketika proses buang air besar. Dari biji-biji tembikai yang bersama najis tadi akan tumbuh pula pokok-pokok tembikai.
Kesimpulannya istilah biji tahi itu bukanlah perkataan kesat atau kasar. Ia sekadar perumpamaan orang zaman dahulu kala, cuma ia jarang singgah di gegendang telinga generasi baru.