Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri, hydroquinone dan tretinoin.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata produk itu ialah Tati Skincare Night Cream yang mengandungi merkuri, Tati Skincare Treatment Cream (hydroquinone dan tretinoin) dan Moleek Anti Pigment Cream (hydroquinone dan tretinoin).
"Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual dalam produk berkenaan," katanya.
Dr Noor Hisham berkata, produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
Sumber : Berita Harian
Info Tambahan:
Saya hanya ingin focus kepada Tati Skincare. Ini kerana sudah sekian lama saya terdengar dan terbaca perihal ini di laman social terutamanya di facebook. Namun, berulang kali jualah pengasas Tati Skincare, Puan Norhayati Hashima akan mempertahankan produk dan mendakwa ia adalah konspirasi untuk menjatuhkan perniagaan beliau.
Secara peribadi, saya tidak pernah beminat untuk menulis isu ini kerana bimbang dan risau ia menjadi dosa jariah. Tapi, kali ini Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri yang mengesahkan produk kosmetik tersebut mengandungi bahan terlarang dan memudaratkan pengguna. Maka, menjadi kewajipan untuk semua pengguna terutamanya pengguna islam untuk percaya dan akur, malah diwajibkan untuk menyebarkan info ini demi maslahah atau kebaikan semua. Ini disebabkan Kementerian Kesihatan adalah Ahlil Zikri dalam bidang ini.
“Fas alu ahla zikri in kuntum la ta’lamun ”(bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui.).
Siapakah ahli zikri dalam persoalan ini, tentu sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia. Mereka mengkaji dan menyelidik dengan rapi dan teliti.
Kita berharap agar tindakan undang-undang yang tegas dikenakan kepada produk-produk kosmetik ini demi kebaikkan pengguna dan masyarakat..