Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Mengapa Amiruddin Hamzah memilih PPBM dan bukannya AMANAH.

$
0
0


Mengapa Amiruddin Hamzah memilih PPBM  dan bukannya AMANAH.

Tindakan  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit yang juga Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah meninggalkan PAS bukanlah satu kejutan. Sesiapa  sahaja yang mengikuti perkembangan politik di Kedah, pasti sahaja dapat menghidu tindakan beliau meninggalkan PAS.

Umum mengetahui Amiruddin adalah antara wakil rakyat PAS dalam kategori 'harumanis' selaim Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfiz Omar dan ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa.

Cuma tindakannya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),agak memeranjatkan banyak pihak. 

Ini kerana ramai yang menjangkakan beliau akan menyertai Parti Amanah Negara(Amanah). 

Aneh dan mengejutkan apabila beliau tidak memilih parti serpihan PAS tersebut, sebaliknya memilih parti serpihan UMNO sebagai wajah perjuangan.



Mengapa Ir Amiruddin Hamzah menyertai PPBM dan bukannya AMANAH?.

Terlalu mudah untuk merungkai persoalan ini. Tidak perlu kita tunggu ulasan dan penjelasan berjela-jela daripada pengalisis politik, tapi sudah terlampau cukup dan memadai andainya kita memahami erti politik dan makna politikus.

Sebagai seorang politikus tentu sahaja Amiruddin ingin menyelamatkan hayat politiknya. Andainya bersama PAS, kemungkinan besar beliau tidak akan dicalonkan lagi dalam Pilihanraya Umum yang akan datang, dan hayat politiknya akan berkubur. Jadi beliau perlu memilih sebuah parti lain untuk memanjangkan hayat politiknya.

Walaupun AMANAH atau PAN merupakan parti serpihan PAS dan dianggotai oleh bekas ahli-ahli PAS dan dipimpin oleh bekas pemimpin-pemimpin PAS, namun parti tersebut tidak mampu mengundang nafsu Amiruddin. Ini kerana beliau menyedari AMANAH kurang mendapat sambutan di Kedah dan jauh sekali untuk mengambil alih tempat PAS.

Jadi sebagai seorang politikus yang matang dan bijaksana beliau telah memilih PPBM walaupun parti tersebut adalah parti serpihan UMNO yang dimusuhinya selama ini. Ini kerana beliau menyedari PPBM adalah bakal menjadi parti pembangkang terkuat di Kedah.
Beliau juga sedar pengaruh Tun Mahathir dan anaknya Mukhriz Mahathir masih kuat dan utuh di negeri jelapang padi itu. 

Percayalah andainya beliau berada di Pulau Pinang, tentu sahaja beliau akan memilih DAP, dan andainya beliau berada di Selangor beliau akan memilih PKR.

Tindakan Amiruddin Hamzah ini bukanlah aneh atau pelik sebenarnya. Sebelum ini tindakan sebegini pernah dilakukan oleh Datuk Kamaruddin Jaafar. 

Walaupun Kamaruddin adalah sahabat baik Dato Seri Anwar Ibrahim dan bersama-sama Anwar dalam Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) dan kemudiannya dalam UMNO. Bersama UMNO Kamaruddin pernah menjawat beberapa jawatan penting antaranya ialah Exco Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua  Pemuda UMNO Kelantan.

Namun apabila Anwar ditendang dari UMNO dan isterinya menubuhkan Parti Keadilan Nasional(keADILan) Kamarudin tidak pula menyertai parti tersebut. Sebaliknya beliau menyertai PAS. Ini kerana beliau menyedari PAS adalah parti terkuat di Kelantan.

Kepada Datuk Ir Amiruddin Hamzah selamat maju jaya saya ucapkan. Biarlah pengundi yang menentukan samaada hayat politik anda masih bersisa atau bernoktah. Begitu juga dengan Kamarudin Jaafar. Bersedialah kamu untuk bertarung dengan PAS di Parlimen Tumpat yang kamu wakili selama ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 644