Quantcast
Channel: shameel iskandar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Video Ahmad Ammar ditonton 1.4 juta kali.

$
0
0


Video eksklusif bertajuk Ahmad Ammar Dalam Kenangan(1993-2013) yang dimuat turun melalui akaun Youtube Grup Penjejak Tamaduan Dunia(GPTD) sejak 17 November lalu mendapat tontonan sebanyak 1,433.921 kali sehingga pukul 2.30 petang semalam. 

Video berdurasi 24 minit 14 saat itu menayangkan gambar perjalanan hidup remaja, Ahmad Ammar Ahmad Azam,20, yang merupakan aktivis masyarakat islam di turki sehinggalah hari beliau meninggal dunia akibat nahas di Istanbul pada 2 November lalu. Ahmad Ammar mendapat keistimewaan di mata penduduk Turki kerana bergiat aktif dalam bidang dakwah dan menyertai pelbagai misi kemanusiaan di negara-negara islam. 

Allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan yang menghadap Laut Golden Horn. perkuburan tersebut turtu menempatkan lebih 60 jasad para sahabat Nabi, Auliya’,Panglima Turki Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan Turki. 

Sumber: Kosmo,5 Disember 2013. 

INFO TAMBAHAN: 

Menonton dan membaca kisah perjalanan hidup Ahmad Ammar benar-benar mengundang sebak di dada. Perjalanan hidup beliau ada dipaparkan di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 3 Disember 2013 pada halaman 15 dan 16. Jika ingin mengetahui kisah perjalanannya dengan lebih lengkap, eloklah dibaca tulisan tersebut. 


Allahyarham dilahirkan dalam keadaan yang mulia dan membesar sebagai seorang yang mulia dan meninggal juga dalam keadaan mulia. Allahyarham merupakan anak kepada aktivis islam terkenal, Ahmad Azam Abd Rahman, iaitu bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM). 

Allahyarham terdidik dan membesar dalam suasana keagamaan. Awal-awal lagi beliau diterapkan ilmu keagamaan dan bersekolah di Sekolah Rendah Islam Abim Al-Huda dan di Sekolah Menengah Agama Bestari sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera Diraja(RMC).

Di Turki Allahyarham mempelajari Tafsir Al-Quran Risalah an-Nur. Beliau berjaya menamatkan pengajian ini dalam tempoh lapan bulan. Beliau kemudiannya mengajar Tafsir tersebut kepada pelajar baru dari Malaysia, Thailand dan Kemboja. Malah, beliau syahid ketika dalam perjalanan untuk mengajar Tafsir Risalah An-Nur kepada pelajar Malaysia, Kemboja dan Thailand.

Kitab tafsir tersebut merupakan hasil tulisan ulama terkenal Turki, Ustaz Bediuzzaman Said Nursi. Ulama Turki, Omer Dongeloglu mengatakan bahawa Ammar adalah orang yang dimuliakan Allah dan dikira sebagai mati syahid. Pandangan ini turut sama dikongsi oleh ulama lain di Turki.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 644

Trending Articles