Umum mengetahui program matrikulasi amat berkesan dan sangat berjaya untuk meningkatkan jumlah pelajar Bumiputera di Universiti. Sejak diperkenalkan sejak lebih 30 tahun yang lalu, terbukti ia telah berjaya melahirkan lebih ramai golongan bijak pandai Bumiputera serta tenaga mahir dalam bidang professional dan teknikal.Â
Namun, baru-baru ini isu kematangan pelajar matrikulasi mula berkumandang di Parlimen. Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud mencadangkan agar program matrikulasi dihapuskan dengan alasan pelajar daripada program tersebut tidak cukup matang untuk melanjutkan pengajian ke Universiti. Selain itu, beliau turut mencadangkan agar program matrikulasi digantikan sahaja dengan tingkatan enam.Â
Sementara itu, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia(UPM), Prof Dr Ab Rahim Bakar berpedapat masalah kematangan dapat diatasi jika pihak berwajib memanjangkan lagi tempoh pengajian program matrikulasi kepada setahun setengah atau dua tahun. Ini supaya pelajar tidak hanya tertumpu kepada akademik semata-mata, tetapi dapat melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan sahsiah.Â
Secara peribadi sebagai seorang guru saya tidaklah bersetuju secara total dengan pandangan YB Dr Mariah, namun tidak pula saya menolaknya saya mutlak. Apa pula pandangan anda?.